Langkau ke kandungan
SMP-Elite

SOALAN LAZIM

Ada soalan? Mula di sini.

Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya

Umum

Apa itu SMP-Elite?
SMP-Elite (Sistem Maklumat Pelajar) adalah platform pengurusan sekolah digital yang direka khas untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Ia merangkumi pengurusan pelajar, kehadiran, peperiksaan, yuran, disiplin, komunikasi, dan banyak lagi — semuanya dalam satu sistem bersepadu.
Bagaimana saya mendaftar sekolah?
Klik "Daftar Sekolah Baru" di halaman log masuk. Isi maklumat sekolah, buat akaun pentadbir, dan tandakan persetujuan Terma & Syarat. Proses ini mengambil masa kurang dari 2 minit. Selepas pendaftaran, anda boleh terus log masuk dan mula percubaan 30 hari dengan semua modul pakej Penuh.
Bolehkah saya menggunakan SMP-Elite di telefon bimbit?
Ya! SMP-Elite direka sepenuhnya responsif dan boleh diakses melalui pelayar web di telefon bimbit, tablet, atau komputer. Tiada aplikasi khas diperlukan — cuma buka pelayar dan layari alamat sistem.
Berapa ramai pengguna boleh menggunakan satu akaun sekolah?
Tiada had bilangan pengguna. Anda boleh menambah seberapa ramai pentadbir, kerani, guru, dan pelajar yang diperlukan tanpa caj tambahan.

Harga & Langganan

Berapakah kos penggunaan SMP-Elite? (Harga Baharu)
Setiap sekolah mengambil pelan Teras (RM79/bulan: Papan Pemuka, Pelajar, Kelas, Import Data dan Tetapan, termasuk Cikgu AI) dan menambah modul yang diperlukan: Yuran RM50, Kehadiran / Peperiksaan / e-Invois RM40, Mesej / Jadual Waktu / Laporan Pengurusan RM30, serta RM20 bagi Disiplin, Log Aktiviti, Naik Kelas, Rancangan Mengajar dan Kerja Rumah (sebulan bagi setiap modul). Mahu pakej? Asas RM199/bulan dan Penuh RM299/bulan. Tiada yuran pemasangan.
Boleh cuba dahulu sebelum bayar?
Boleh. Setiap sekolah baharu mendapat percubaan 30 hari dengan semua modul, tanpa kad kredit, dan boleh memohon satu lanjutan 30 hari. Percubaan diberi sekali bagi setiap institusi, dikenal pasti melalui kod rasmi (KPM, JAIN, KEMAS atau SSM): satu kod, satu akaun. Semasa percubaan, bayaran dalam talian ibu bapa belum dibuka, Cikgu AI dihadkan dan dokumen cetakan bertanda PERCUBAAN.
Apa jadi selepas percubaan atau langganan tamat?
Akaun bertukar kepada mod baca sahaja. Data anda tidak dipadam dan boleh dieksport pada bila-bila masa. Akses penuh dipulihkan serta-merta apabila langganan diaktifkan.
Bagaimana cara bayar?
Kami keluarkan sebut harga dan invois rasmi. Bayar melalui pindahan bank, cek atau FPX.
Kenapa harga setahun lebih rendah?
Bayar setahun sekali bermaksud bayar 10 bulan dan guna 12 bulan — 2 bulan tanpa caj. Contohnya pakej Penuh: RM2,990 setahun berbanding RM3,588 jika bayar bulanan.
Apa maksud murid aktif, dan bila kadar sekolah besar terpakai?
Murid aktif ialah pelajar berstatus aktif pada hari sebut harga atau bil dibuat. Sekolah dengan 999 murid aktif membayar harga biasa; bermula 1,000 murid aktif, semua harga × 1.5 (contoh Teras RM119, Asas RM299, Penuh RM449). Satu kod sekolah rasmi, satu akaun.
Siapa bayar caj bank untuk bayaran online ibu bapa?
Caj bank untuk FPX dan kad dibayar oleh ibu bapa atau sekolah semasa bayaran dibuat, bukan sebahagian harga pakej.
Kami guna SKY Online. Boleh pindah?
Boleh. Kami bantu pindahkan data murid dan yuran daripada SKY. Tiada harga khas untuk berpindah — harga sama seperti sekolah lain.
Bolehkah saya langgan satu modul sahaja?
Ya! Sistem SMP-Elite adalah berasaskan modul — anda hanya langgan modul yang diperlukan. Tiada paksa ambil semua. Contohnya, jika sekolah hanya perlukan Kehadiran dan Peperiksaan, langgan dua modul itu sahaja.
Apa jadi kalau langganan tamat?
Modul yang tamat langganan akan dilumpuhkan — anda tidak boleh mengakses fungsinya. Walau bagaimanapun, data anda tidak dipadam. Sebaik langganan diperbaharui, semua data sebelumnya boleh diakses semula seperti biasa.
Bolehkah bayaran dikembalikan selepas pengaktifan?
Tidak. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan selepas pengaktifan modul. Sila pastikan anda memahami fungsi setiap modul sebelum melanggan. Anda boleh merujuk halaman Ciri SMP-Elite untuk maklumat terperinci.

Akaun & Log Masuk

Bagaimana penjaga / ibu bapa log masuk?
Penjaga menggunakan tab "Penjaga" di halaman log masuk dengan No. Kad Pengenalan (IC) dan kata laluan. Kali pertama? Klik "Pertama kali? Daftar akaun" — sahkan identiti dengan IC anda dan IC salah seorang anak, kemudian sahkan e-mel melalui kod OTP dan set kata laluan sendiri. Penjaga boleh melihat kehadiran, keputusan peperiksaan, yuran, dan disiplin anak mereka.
Bagaimana pelajar log masuk?
Pelajar menggunakan tab "Pelajar" di halaman log masuk dengan No. Kad Pengenalan (IC) dan kata laluan. Kali pertama? Klik "Pertama kali? Aktifkan akaun" — sahkan identiti dengan IC dan No. Pendaftaran, sahkan e-mel melalui kod OTP, dan set kata laluan sendiri.
Bagaimana kakitangan (guru/kerani) mengaktifkan akaun buat kali pertama?
Akaun kakitangan disediakan oleh admin sekolah. Untuk aktifkan sendiri, klik "Pertama kali? Aktifkan akaun" di tab Kakitangan — masukkan No. IC dan Kod Sekolah, kod OTP akan dihantar ke e-mel yang direkodkan oleh admin, kemudian set kata laluan. Selepas aktif, kakitangan boleh log masuk menggunakan nama pengguna ATAU No. IC.
Apa itu Cikgu AI?
Cikgu AI ialah pembantu AI pintar di dalam sistem (ikon bulat di penjuru kanan bawah). Tanya soalan seperti "macam mana nak tambah pelajar?" dalam bahasa harian dan ia akan pandu anda terus ke halaman yang betul. Semua pemprosesan dilakukan pada pelayan dalaman kami — data sekolah anda tidak dihantar kepada pihak ketiga.
Saya terlupa kata laluan. Apa perlu buat?
Klik "Lupa Kata Laluan?" di halaman log masuk. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan pautan reset akan dihantar. Untuk penjaga, sila hubungi pihak sekolah untuk tetapan semula kata laluan.
Saya terlupa nama pengguna. Apa perlu buat?
Klik "Lupa Nama Pengguna?" di halaman log masuk. Masukkan e-mel anda dan nama pengguna akan dihantar ke e-mel tersebut. Jika masih bermasalah, hubungi pentadbir sekolah anda.
Bagaimana menukar kata laluan?
Log masuk ke sistem, pergi ke Profil (klik nama anda di bahagian atas), dan pilih "Tukar Kata Laluan". Masukkan kata laluan lama dan kata laluan baru.
Anak saya di dua sekolah berbeza. Boleh guna satu akaun penjaga?
Ya! Jika IC penjaga yang sama didaftarkan di kedua-dua sekolah, penjaga boleh log masuk sekali dan memilih anak dari mana-mana sekolah untuk melihat maklumat mereka.

Modul & Fungsi

Bagaimana proses naik kelas berfungsi?
Modul Naik Kelas (PRO) boleh diakses melalui Kelas → Naik Kelas. Buat batch naik kelas dengan memilih tahun dari dan tahun ke. Fungsi termasuk:
  • Penempatan manual — tetapkan kelas baru satu per satu
  • Bulk Move — pindah semua pelajar satu kelas sekaligus
  • Clone Struktur Kelas — salin kelas ke tahun baru
  • Auto Cadangan — sistem mencadangkan penempatan berdasarkan markah peperiksaan
  • Review & override sebelum dimuktamadkan
Bolehkah saya cetak resit bayaran yuran?
Ya. Selepas merekodkan bayaran dalam modul Yuran, resit akan dijana secara automatik dengan nombor resit unik. Resit boleh dicetak terus dari sistem atau dimuat turun sebagai PDF.
Bolehkah saya eksport data ke Excel?
Ya. Beberapa modul menyediakan fungsi eksport CSV yang boleh dibuka dalam Microsoft Excel atau Google Sheets. Contohnya, Log Aktiviti dan laporan keputusan peperiksaan boleh dieksport ke CSV.
Bolehkah saya import data pelajar secara pukal?
Ya! Gunakan modul Import Data (termasuk dalam Teras). Muat turun template CSV, isi data pelajar dalam Excel, dan muat naik ke sistem. Sistem akan menyemak data secara automatik — anda boleh review baris yang OK, ralat, atau skip sebelum mengesahkan import ke dalam sistem.
Apakah julat gred yang digunakan untuk peperiksaan?
SMP-Elite menyokong pelbagai set julat gred. Set lalai menggunakan A+, A, B+, B, C+, C, D, E, F. Pentadbir boleh mencipta set gred tambahan (contoh: Mumtaz, Jayyid Jiddan untuk Pendidikan Islam) dan menetapkan set gred berbeza untuk setiap subjek.

Keselamatan & Data

Siapa bertanggungjawab ke atas data pelajar?
Pihak sekolah. Di sisi undang-undang (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), sekolah ialah Pengawal Data — sekolah yang menentukan maklumat apa yang direkodkan dan siapa boleh melihatnya. MJ Solutions pula hanya Penyedia Sistem (Pemproses Data): kami membekalkan perisian dan pelayan, menjaga keselamatannya, dan memproses data semata-mata atas arahan sekolah — kami tidak menggunakan atau berkongsi data untuk tujuan lain. Butiran penuh dalam Terma & Syarat dan Polisi Privasi.
Adakah data saya selamat?
Ya. SMP-Elite menggunakan penyulitan HTTPS, kata laluan di-hash dengan bcrypt, perlindungan CSRF pada semua borang, dan setiap sekolah mempunyai data yang terasing sepenuhnya (multi-tenant isolation). Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Maklumat lanjut di halaman Polisi Privasi.
Bolehkah sekolah lain melihat data sekolah saya?
Tidak. Data setiap sekolah diasingkan sepenuhnya. Pengguna dari sekolah A tidak boleh melihat atau mengakses data sekolah B dalam apa jua keadaan.
Bagaimana jika saya mahu padam akaun sekolah?
Hubungi pihak MJ Solutions melalui e-mel atau WhatsApp untuk meminta penamatan akaun. Data akan disimpan selama 30 hari untuk tujuan pemulihan sebelum dipadam secara kekal.
Adakah aktiviti pengguna direkodkan?
Ya. Semua tindakan penting (tambah, ubah, padam data) direkodkan secara automatik termasuk pengguna, masa, alamat IP, dan perubahan data. Log ini boleh diakses oleh pentadbir melalui modul Log Aktiviti (PRO).

Sokongan

Bagaimana mendapatkan bantuan teknikal?
Hubungi kami melalui: Maklumat lanjut di halaman Hubungi Kami.
Adakah latihan penggunaan disediakan?
Ya. Kami menyediakan panduan penggunaan dalam talian dan sesi latihan melalui video call untuk sekolah yang baru mendaftar. Hubungi kami untuk menjadualkan sesi latihan.
Masih ada soalan?

Jangan segan untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu.

Hubungi Kami

Tak jumpa jawapan?

Ibu bapa & pelajar: tanya pihak sekolah anak anda dahulu. Sekolah: WhatsApp kami terus.

Buka WhatsApp ↗ (tetingkap baharu)