Untuk pengetua, pemilik dan kerani sekolah swasta
Sistem pengurusan sekolah swasta dalam satu log masuk
SMP-Elite ialah sistem pengurusan sekolah swasta untuk sekolah rendah, menengah, sekolah agama swasta dan sekolah antarabangsa kecil di Malaysia. Kerani mendaftar pelajar dan mengutip yuran dengan resit rasmi, guru merekod kehadiran dan markah, penjaga menerima mesej, dan pemilik membaca laporan daripada data yang sama. Cuba 30 hari tanpa kad kredit.
Tiada kontrak · Tanpa kad kredit · Data kekal walaupun langganan tamat
Kerja harian sekolah
Apa yang perlu diuruskan oleh sekolah swasta setiap hari?
Sekolah swasta menanggung kerja yang sama seperti mana-mana sekolah, tetapi biasanya dengan kerani yang sedikit dan pemilik yang mahu melihat angka sebenar. Apabila pelajar bertambah, senarai di Excel, buku kehadiran dan kumpulan WhatsApp mula tidak sepadan antara satu sama lain. SMP-Elite menyatukan kerja itu dalam satu sistem web:
- Pentadbiran pelajar. Rekod pelajar dan penjaga, susunan kelas, dan Import Data daripada Excel apabila sekolah bertukar daripada kaedah lama.
- Kehadiran. Guru merekod kehadiran kelas dari komputer atau telefon, dan kelas yang belum direkod mudah dikesan.
- Peperiksaan dan slip keputusan. Markah, gred, kedudukan dan purata kelas, serta keputusan yang boleh dilihat penjaga.
- Yuran dan resit rasmi. Kutipan di kaunter, bayaran online dan senarai tunggakan.
- Komunikasi ibu bapa. Mesej kepada penjaga dan app Android untuk guru dan penjaga.
- Laporan untuk pemilik. Laporan Pengurusan merangkumi kehadiran, peperiksaan, kewangan dan disiplin.
Enam modul teras (Papan Pemuka, Pelajar, Kelas, Import Data, Tetapan dan Feed) serta Cikgu AI ada dalam setiap pakej. Modul seperti Bayaran & Yuran, Kehadiran, Peperiksaan, Mesej, Jadual, Disiplin, Naik Kelas, Kerja Rumah dan Rancangan ialah modul PRO yang dipilih mengikut pakej.
Kenapa sistem berasingan
Adakah sistem KPM seperti SPS boleh digunakan oleh sekolah swasta?
Apabila orang mencari sistem pengurusan sekolah, hasil carian sering menunjuk kepada sistem KPM. SPS ialah sistem KPM untuk sekolah kerajaan, dan ia dibina untuk keperluan itu. Ia bukan kekurangan, cuma sasarannya berbeza.
Sekolah swasta pula menyimpan rekod pelajar, yuran dan keputusan peperiksaan sendiri, dan perlu memilih alat sendiri. Di sinilah SMP-Elite berperanan: ia sistem berasingan yang dimiliki dan ditetapkan oleh sekolah, dengan yuran, resit, akaun bank dan nama kelas yang sekolah tentukan. Keperluan pelaporan kepada KPM atau JPN negeri tetap tertakluk kepada peraturan sekolah anda, jadi semak dengan pihak berkenaan.
Untuk senarai ciri yang patut dicari sebelum memilih, baca panduan sistem pengurusan sekolah swasta dan tahfiz.
Yuran dan resit
Bagaimana yuran dan resit rasmi diurus dalam satu sistem?
Yuran ialah bahagian yang paling kerap menimbulkan pertanyaan penjaga dan paling mudah tersilap bila dikira manual. Dalam SMP-Elite:
- Resit rasmi bernombor sendiri. Nombor ditetapkan oleh sekolah. Resit tidak boleh dipadam dan hanya boleh dibatalkan dengan sebab, serta boleh dicetak atau dihantar melalui WhatsApp dan e-mel.
- Bayaran sebahagian. Wang diagih kepada yuran yang paling lama dahulu, dan resit menunjukkan baki.
- Bayaran online. Penjaga membayar melalui FPX dengan ToyyibPay atau CHIP, terus ke akaun peniaga sekolah. Caj transaksi bergantung pada perjanjian sekolah dengan penyedia.
- Senarai kejar tunggakan dengan mesej yang boleh dihantar kepada penjaga.
- Akaun bank berasingan. Yuran tertentu, contohnya akaun PIBG, boleh diasingkan daripada akaun utama dalam laporan.
- Pengecualian yang diluluskan oleh pentadbir, serta laporan, CSV dan log audit.
Tangkapan skrin di bawah ialah data contoh (simulasi).
Lihat sistem yuran sekolah dengan lebih lengkap, atau cuba penjana resit yuran dan kalkulator tunggakan yuran.

Guru, penjaga dan pemilik
Bagaimana guru, ibu bapa dan pemilik sekolah melihat maklumat yang sama?
Setiap orang melihat data mengikut peranan. Admin menguruskan seluruh sekolah, kerani mengendalikan pelajar, kelas dan yuran, guru merekod kehadiran dan memasukkan markah untuk kelasnya, manakala pelajar dan penjaga hanya melihat rekod sendiri atau anak sendiri.
- Guru memasukkan kehadiran dan markah, dan melihat kelas sendiri sahaja.
- Penjaga menerima mesej, menyemak yuran dan keputusan anak melalui portal web atau app Android.
- Pemilik dan pengetua membaca Laporan Pengurusan, yang tersedia di web, tanpa menunggu kerani menyalin angka ke Excel.
Cikgu AI membantu pengguna bertanya dalam bahasa harian dan mendapat jadual atau carta daripada data yang dibenarkan untuk peranannya. Ia berjalan pada pelayan sendiri di Malaysia.
Berpindah daripada Excel
Susah ke berpindah daripada Excel dan buku rekod?
Tidak perlu memasang apa-apa di pelayan sekolah. Semua dibuat melalui pelayar web:
- Daftar sekolah dengan nama dan e-mel, kemudian sahkan dengan kod OTP.
- Import senarai pelajar dan penjaga daripada fail CSV. Sistem menyemak baris sebelum disimpan.
- Susun kelas, jemput guru, kemudian tetapkan item yuran dan akaun bank.
Jika terhenti pada mana-mana langkah, WhatsApp pembangun untuk bantuan. Data kekal milik sekolah dan boleh dieksport ke Excel bila-bila masa. Baca juga bila Excel tidak lagi mencukupi dan apa sekolah wajib tahu tentang PDPA dan data pelajar.
e-Invois
Bagaimana sekolah swasta menyediakan e-Invois daripada resit yuran?
Sama ada sekolah anda wajib mengeluarkan e-Invois bergantung pada perolehan tahunan institusi, dan yuran sekolah tertakluk kepada peraturan tertentu. Sila sahkan dengan LHDN atau penasihat cukai anda dahulu.
Jika sekolah memerlukannya, modul e-Invois SMP-Elite boleh menjana e-Invois format MyInvois daripada resit yuran. Ia modul tambahan RM40 sebulan, memerlukan modul Bayaran & Yuran, dan tidak termasuk dalam pakej Penuh atau percubaan.
Penjelasan lanjut ada dalam panduan e-Invois LHDN untuk sekolah swasta, tahfiz dan tadika. Ia panduan pendidikan, bukan nasihat cukai.
Harga
Berapa kos sistem pengurusan sekolah swasta?
Pakej Asas RM199 sebulan menambah Yuran, Kehadiran, Peperiksaan dan Mesej kepada pakej Teras. Bayar setahun untuk 10 bulan sahaja.
- Teras RM79 sebulan: enam modul teras dan Cikgu AI.
- Asas RM199 sebulan: Teras ditambah Bayaran & Yuran, Kehadiran, Peperiksaan dan Mesej.
- Penuh RM299 sebulan: semua modul PRO, tanpa e-Invois.
- Modul tambahan RM20 hingga RM50 sebulan setiap satu; e-Invois RM40 sebulan.
- 1,000 murid aktif atau lebih: harga × 1.5, iaitu Teras RM119, Asas RM299 dan Penuh RM449.
Percubaan 30 hari menggunakan semua modul pakej Penuh (e-Invois tidak termasuk). Tanpa kad kredit, tanpa kontrak. Lihat halaman harga dan bandingkan pakej.
Soalan lazim pengetua, pemilik dan kerani
Ketik soalan untuk buka jawapan.
Berapa kos sistem pengurusan sekolah swasta?
Pakej Teras ialah RM79 sebulan, Asas RM199 dan Penuh RM299. Bayar setahun untuk 10 bulan sahaja. Sekolah dengan 1,000 murid aktif atau lebih: harga × 1.5. Percubaan 30 hari menggunakan pakej Penuh tanpa kad kredit dan tanpa kontrak.
Adakah SPS KPM boleh digunakan oleh sekolah swasta?
SPS ialah sistem KPM untuk sekolah kerajaan, dan ia berfungsi untuk tujuan itu. Sekolah swasta biasanya menyimpan rekod pelajar, yuran dan keputusan sendiri, jadi memerlukan sistem berasingan. SMP-Elite ialah sistem berasingan daripada sistem KPM. Untuk keperluan pelaporan kepada pihak berkuasa, sila rujuk KPM atau JPN negeri anda.
Boleh pindah senarai pelajar daripada Excel?
Boleh. Muat turun templat dalam modul Import Data, isi senarai pelajar dan penjaga, simpan sebagai fail CSV dan muat naik. Sistem menyemak baris sebelum disimpan. Jika perlukan bantuan, WhatsApp kami dan pembangun sendiri akan membalas.
Ibu bapa perlu muat turun app untuk semak yuran dan keputusan anak?
Tidak wajib. Portal web berfungsi di mana-mana telefon, dan app Android untuk guru dan penjaga ialah pilihan tambahan.
Adakah sekolah swasta perlu e-Invois, dan apa yang SMP-Elite sediakan?
Keperluan bergantung pada perolehan tahunan institusi, dan yuran sekolah tertakluk kepada peraturan tertentu. Sila sahkan dengan LHDN atau penasihat cukai anda. Modul e-Invois ialah modul tambahan RM40 sebulan yang menjana e-Invois format MyInvois daripada resit yuran, dan memerlukan modul Bayaran & Yuran.
Data sekolah kami milik siapa?
Data kekal milik sekolah, disimpan di pelayan di Malaysia dan dibina mematuhi PDPA 2010. Tiada kontrak, dan data anda kekal walaupun langganan tamat. Anda boleh eksport ke Excel bila-bila masa.
Sesuai untuk sekolah agama swasta atau sekolah antarabangsa kecil?
Kerja pentadbiran asasnya sama: pelajar, kelas, kehadiran, peperiksaan, yuran dan mesej penjaga. Sekolah menetapkan sendiri nama kelas dan item yuran. SMP-Elite tidak mempunyai modul hafazan atau bacaan. Untuk maahad tahfiz dan pondok, lihat halaman khas tahfiz.
Apa yang termasuk dalam percubaan 30 hari?
Semua modul pakej Penuh, tanpa kad kredit dan tanpa kontrak. Modul e-Invois tidak termasuk dalam percubaan.
Bacaan berkaitan
Panduan lanjut untuk pentadbir sekolah
- Sistem yuran sekolahKaunter, resit rasmi, FPX dan tunggakan.
- Sistem pengurusan sekolah: apa yang perlu adaSenarai ciri asas sebelum memilih sistem.
- e-Invois LHDN untuk sekolah swastaPanduan pendidikan, bukan nasihat cukai.
- Urus yuran sekolah tanpa ExcelBila Excel tidak lagi mencukupi.
- PDPA dan data pelajarApa sekolah wajib tahu.
- Sistem sekolah tahfizUntuk maahad tahfiz dan pondok.
- Kalkulator tunggakan yuranKira jumlah tertunggak mengikut bulan.
- HargaBandingkan pakej Teras, Asas dan Penuh.
Sekolah anda, kemas mulai bulan ini.
Daftar dalam beberapa minit. Percubaan 30 hari, tanpa kad kredit.

